Wednesday 2 November 2011

kita satu ridhuan ahmad..........love november rain

kita satu...

jangan pernah berubah ridhuan ahmad-permintaan hati suaipah mohamad

Lirik Lagu ST12 Jangan Pernah Berubah Lyrics
biarkan waktu teruslah berputar
ku cintai kamu penuh rasa sabar
meski sakit hati ini kau tinggalkan
ku ikhlas tuk bertahan
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
cintaku padamu begitu besar
namun kau tak pernah bisa merasakan
malah kini kau ucapkan selamat tinggal
membuat keresahan
* meninggalkanku tanpa perasaan
hingga ku jatuhkan air mata
kekecewaanku sungguh tak berarah
biarkan ku harus bertahan
reff:
jangan pernah kau coba untuk berubah
tak relakan yang indah hilanglah sudah
jangan pernah kau coba untuk berubah
tak relakan yang indah hilanglah sudah
repeat *
repeat reff

jangan pernah kau coba untuk berubah
ku relakan yang indah dalam hatinya


Tuesday 1 November 2011

aurat wanita..tanggungjawab suami dan bapa..tegarkan saya?

WAHAI ANAK DAN ISTERI...AKU TIDAK MAHU MENJADI DAYUS!

Perlu diingat, bagi isteri yang tidak menutup aurat dan suami pula tidak pernah menyuruh isteri menutup aurat sebagai mematuhi perintah Allah malahan bangga pula kecantikan isterinya yang mendedah aurat dilihat oleh lelaki yang bukan mahram, maka lelaki begini digolongkan sebagai lelaki dayus dan diharamkan oleh Allah untuk memasuki syurga walaupun si suami rajin mengerjakan rukun Islam tetapi dalam masa yang sama suami ini telah derhaka dan menolak tuntutan rukun iman.

Begitu juga si bapa yang redha anak-anak perempuan tidak menutup aurat juga termasuk dalam golongan lelaki dayus. Apatah lagi jika si isteri atau si anak perempuan bebas bersalaman dengan lelaki bukan mahram serta bergaul bebas.
Firman Allah dalam Surah Al Ahzab ayat 59: "Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan dan isteri-isteri orang mukmin (yang benar-benar beriman), hendaklah mereka menghulurkan jilbab-jilbab mereka keseluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih dikenali, kerana mereka tidak diganggu, dan Allah maha pengampun lagi maha Penyayang"

INGINKAH ANDA MATI DALAM DERHAKA KEPADA ALLAH?

Sebuah hadis yang yang diriwayatkan oleh At Tarmizi, Perempuan itu aurat. Maka apabila ia keluar, mendongaklah syaitan memandang dia. Cuba kita bayangkan, bagaimana dengan keadaan seorang wanita keluar rumah dalam keadaan mendedahkan aurat, tiba-tiba berlaku kemalangan atau sebagainya menyebabkan kematian, bukankah kematian itu berlaku dalam keadaan melakukan derhaka kepada Allah?

Allah tunjukkan kepada nabi dalam peristiwa Israk dan Mikraj sebagai pengajaran bahawa begitu besar dosa dan begitu ngeri azab yang bakal diterima oleh wanita-wanita yang mendedahkan aurat malahan suami atau bapa mereka turut menerima tempiasnya sekali pada akhirat kelak.

Sabda Rasulullah s.a.w. "Perempuan-perempuan yang memakai pakaian tetapi masih seperti telanjang (dedah aurat) sehingga memalingkan pandangan lelaki ajnabi atas mereka, kepala mereka seperti bonggol unta Khurasan dan tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya pun" (riwayat Muslim). Malahan bagi wanita yang menutup aurat tetapi menggunakan warna-warna yang garang atau menarik perhatian lelaki ajnabi juga dilarang.

Sekarang kita melihat ada wanita yang menutup aurat tetapi masih terkinja-kinja di atas pentas, terjerit-jerit umpama haiwan di belantara, manusia begini tidak lebih hanya mempersenda-sendakan syariat Allah kerana wanita yang ikhlas, yang benar-benar menutup aurat kerana perintah Allah, dia akan menjaga pandangan, pergaulan, lisan serta adab sebagai wanita beriman, jika tidak tidak ada bezanya mereka dengan wanita yang tidak menutup aurat.

Akhirnya hayatilah sebuah hadis Rasulullah ketika baginda dalam Israk dan Mikraj yang berbunyi "Aku menjenguk ke dalam neraka, maka kulihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita, yang demikian disebabkan oleh kerana kurang taat kepada Allah dan Rasulullah dan suami mereka dan kerana banyak bertabarruj dedah aurat dan berhias-hias".

Bapa-bapa atau suami-suami kelihatan taat solat, dengar kuliah, bersedekah, buat haji, buat umrah, puasa sunat selain yang wajib, tetapi redha melihat isteri atau anak-anak perempuan dedah aurat, bersalam dengan lelaki ajnabi atau bergaul bebas.

Ketahuilah bapa atau suami begitu belum layak untuk masuk syurga malah untuk mencium syurga Allah pun tidak layak kerana menolak rukun iman. Sama-samalah kita insaf bagi mencapai keredhaan Allah.


ARTIKEL DI ATAS HANYA SEKADAR RENUNGAN UNTUK DIRI SENDIRI DAN SEMUA SAUDARA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT.

moga Allah mengampunkan segala dosa dan kekhilafan saya.namun saya bangga krn suami saya telah menjalankan tanggungjawabnya sbg seorang lelaki dan suami apabila menyuruh dan mewajibkan saya memakai tudung diawal perkahwinan kami..alangkah bodohnya saya dahulu krn terlalu dangkal dan ikutkan hawa nafsu padahal seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah..

november oh november

hari bahagia 22.11.2006

cincin kawen saye

22.11.2007 muhammad raid humam

selamat ulangtahun raid 2thn celebrate awal..sbb nk g bercuti kt genting..nasib baik kami celebrate awal..mcm mok bg tanda2 nk pergi 22.11

potong kek..time ni x pandai request nk kek gambo aper

besday raid 3thn..request nk kek elmo..sambut lewat sbb 22.11.2010 papa ader kt offshore..

besday boy ngan besday girl..

kembali ke rahmatullah 22.11.2009..kami rindu mok sgt2

raye terakhir mok dgn kami

alfatihah..2thn mcm br semalam mok pergi tinggalkan kami

Monday 31 October 2011

panduan mendidik anak..

kadangkala saya alpa..kadangkala bukan saya x ingat tp lalai utk mengikutnya,,saya terkebil2 bile raid mula memberontak kata sy tidak lagi sayangkan dia..mama mane yg tak sygkan anaknya..mama tader niat nk melebih2kan orkid dlm segala hal..raid yg sulong..yg mama harapkan untuk menggalas tanggungjawab menjaga adik2 sekiranya mama tiada lagi di dunia yg fana ini..maafkan mama raid..kasih mama utk raid n orkid setara..tiada yg kurang dan tiada yg lebih..mama kadang2 tak leh terima perangai raid yg melebih2..suka memberontak..mungkin raid nk tunjuk protes,,mama harap panduan ini berguna untuk mama dalam mendidik kamu berdua..x mungkin kamu terabai raid..hanya tuhan yg tahu betapa bahagianya mama melihat kamu membesar di depan mata maa..mama korbankan segala yg mama miliki dulu untuk kamu dan papa..syg raid dan orkid juta2..muahsss..
1) Jangan pukul anak dari lutut keatas
2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak
Sabda Rasulullah s.a.w.
“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”
4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.
9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”

Sunday 25 September 2011

orkid 11 months




cepatnyer mase berlalu.dunia bertambah indah dengan kehadiran orkid dlm hidup mama..betape besar anugerah tuhan untuk mama dan papa..mama janji pada tuhan akan menjaga kamu sebaik mungkin kerana kamu adalah amanah tuhan kepada mama..next months da setahun usia orkid...i'm happi sayang..thanks kerana kamu membahagiakan dunia mama,papa dan abg raid..we all love u so so very much..

orkid first step...11 months