Tuesday 19 July 2011

Sunday 10 July 2011

sedetik lebih...

mencintai kamu raid dan orkid membuatkan mama begitu menghargai setiap detik bersama kamu..kasih yg tercurah adalah lahir dari hati yg luhur..mama xkan merungut kerana penat,x cukup tdo,geram kerana mama tahu kehadiran kamu berdua begitu membahagiakan hati mama..melihat kamu membesar bersama membuatkan mama insaf akan keagungan ciptaan ilahi..moga kamu berdua menjadi anak yg terpuji akhlak,taat pada agama dan ibubapa serta membahagiakan org disekeliling kamu.

Monday 4 July 2011

andai lelaki tahu-terjemahan hati saya buat papa

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.

Sunday 3 July 2011

terima kasih cinta -rumahku syurgaku

jalan mawar kg baru kerteh

ruang tamu utama

ruang menonton

dapur


ruang mkn

pembahagian ruang antara ruang tamu,ruang makan dan ruang menonton
muhammad raid humam bin mohd ridhuan 221107

nur qaireen afrina binti mohd ridhuan 281010

saat itu teramatlah indah

terima kasih kerana sentiasa disisi dan memberikan semangat.dan ketika ini lah perasaan syg pada kamu semakin mendalam..seperti kamu selalu doakan..saya insaf ridhuan ahmad.saat2 ini teramatlah indah buat saye..

berkasih sayanglah selalu

Disaat kamu ingin melepaskan seseorang..ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya..Disaat kamu mulai tidak mencintainya...ingatlah pada saat pertama kamu jatuh cinta padanya..Disaat kamu mulai bosan dengannya...ingatlah pada saat yg terindah bersamanya..Disaat kamu ingin menduakannya...bayangkan jika dia selalu setia..Saat kamu ingin membohonginya...ingatlah disaat dia jujur padamu..
Wanita itu hakikatnya adalah lembut dan lemah, laki-laki itu hakikatnya
adalah kuat . Wanita ditakdirkan melengkapi apa yang tidak dimiliki oleh
laki-laki, ketika laki-laki tidak memiliki Perasaan, emosi, kelemah
lembutan, keluwesan, keindahan, kecantikan.

betulkah wanita seorang yg tinggi egonya?susah untuk memaafkan dan memperbesarkan hal yang kecil?sudah lumrah wanita bila hatinya terluka mmg susah untuk memaafkan kerana kesilapan pasangan sentiasa bermain di minda..tp untuk keharmonian rumahtangga dan demi anak2 mereka terpaksa untuk melupakan dan belajar untuk memaafkan..mereka terpaksa menyembunyikan ketidakpuasan hati dan kekecewaan..
wanita adalah musuh wanita lain..kenapa mesti begitu sedangkan kita sesama gender seharusnya bersatu untuk melindungi sesama sendiri..menyayangi dan saling mengambil berat..
bukannya mengkhianati wanita lain.
Kalau hati kita indah, kita akan sentiasa melihat keindahan. Sebaliknya kalau hati rosak, keindahan tidak akan ketara, sekalipun sudah tampak di depan mata. Atau kita mungkin akan mudah bosan dengan apa yang ada lalu mula mencari lagi. Percayalah, orang yang rosak hatinya akan menjadi pemburu kecantikan yang fatamorgana!


,'Rabbana ighfir-lana dzunubana wa israfana fi amrina wa tsabbit aqdamana wanshurna 'ala qaumil kafirin.' 'Ya Tuhan kami, ampunilah dosa kami & tindakan kami yg berlebihan dlm urusan kami & teguhkan pendirian kami & tolonglah kami terhadap kaum yg kafir (QS. ali-Imran : 147).

about us

askum..i'm really happy having my own blog..yaehhh..i can write,share anything here..yela b4 this i only duk bace blog org lain..so when i have this..at least i can share my feeling here...n of coz  moment wit my beautiful orkid n hensem raid..story bout us....later