Wednesday 2 November 2011

kita satu ridhuan ahmad..........love november rain

kita satu...

jangan pernah berubah ridhuan ahmad-permintaan hati suaipah mohamad

Lirik Lagu ST12 Jangan Pernah Berubah Lyrics
biarkan waktu teruslah berputar
ku cintai kamu penuh rasa sabar
meski sakit hati ini kau tinggalkan
ku ikhlas tuk bertahan
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
cintaku padamu begitu besar
namun kau tak pernah bisa merasakan
malah kini kau ucapkan selamat tinggal
membuat keresahan
* meninggalkanku tanpa perasaan
hingga ku jatuhkan air mata
kekecewaanku sungguh tak berarah
biarkan ku harus bertahan
reff:
jangan pernah kau coba untuk berubah
tak relakan yang indah hilanglah sudah
jangan pernah kau coba untuk berubah
tak relakan yang indah hilanglah sudah
repeat *
repeat reff

jangan pernah kau coba untuk berubah
ku relakan yang indah dalam hatinya


Tuesday 1 November 2011

aurat wanita..tanggungjawab suami dan bapa..tegarkan saya?

WAHAI ANAK DAN ISTERI...AKU TIDAK MAHU MENJADI DAYUS!

Perlu diingat, bagi isteri yang tidak menutup aurat dan suami pula tidak pernah menyuruh isteri menutup aurat sebagai mematuhi perintah Allah malahan bangga pula kecantikan isterinya yang mendedah aurat dilihat oleh lelaki yang bukan mahram, maka lelaki begini digolongkan sebagai lelaki dayus dan diharamkan oleh Allah untuk memasuki syurga walaupun si suami rajin mengerjakan rukun Islam tetapi dalam masa yang sama suami ini telah derhaka dan menolak tuntutan rukun iman.

Begitu juga si bapa yang redha anak-anak perempuan tidak menutup aurat juga termasuk dalam golongan lelaki dayus. Apatah lagi jika si isteri atau si anak perempuan bebas bersalaman dengan lelaki bukan mahram serta bergaul bebas.
Firman Allah dalam Surah Al Ahzab ayat 59: "Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan dan isteri-isteri orang mukmin (yang benar-benar beriman), hendaklah mereka menghulurkan jilbab-jilbab mereka keseluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih dikenali, kerana mereka tidak diganggu, dan Allah maha pengampun lagi maha Penyayang"

INGINKAH ANDA MATI DALAM DERHAKA KEPADA ALLAH?

Sebuah hadis yang yang diriwayatkan oleh At Tarmizi, Perempuan itu aurat. Maka apabila ia keluar, mendongaklah syaitan memandang dia. Cuba kita bayangkan, bagaimana dengan keadaan seorang wanita keluar rumah dalam keadaan mendedahkan aurat, tiba-tiba berlaku kemalangan atau sebagainya menyebabkan kematian, bukankah kematian itu berlaku dalam keadaan melakukan derhaka kepada Allah?

Allah tunjukkan kepada nabi dalam peristiwa Israk dan Mikraj sebagai pengajaran bahawa begitu besar dosa dan begitu ngeri azab yang bakal diterima oleh wanita-wanita yang mendedahkan aurat malahan suami atau bapa mereka turut menerima tempiasnya sekali pada akhirat kelak.

Sabda Rasulullah s.a.w. "Perempuan-perempuan yang memakai pakaian tetapi masih seperti telanjang (dedah aurat) sehingga memalingkan pandangan lelaki ajnabi atas mereka, kepala mereka seperti bonggol unta Khurasan dan tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya pun" (riwayat Muslim). Malahan bagi wanita yang menutup aurat tetapi menggunakan warna-warna yang garang atau menarik perhatian lelaki ajnabi juga dilarang.

Sekarang kita melihat ada wanita yang menutup aurat tetapi masih terkinja-kinja di atas pentas, terjerit-jerit umpama haiwan di belantara, manusia begini tidak lebih hanya mempersenda-sendakan syariat Allah kerana wanita yang ikhlas, yang benar-benar menutup aurat kerana perintah Allah, dia akan menjaga pandangan, pergaulan, lisan serta adab sebagai wanita beriman, jika tidak tidak ada bezanya mereka dengan wanita yang tidak menutup aurat.

Akhirnya hayatilah sebuah hadis Rasulullah ketika baginda dalam Israk dan Mikraj yang berbunyi "Aku menjenguk ke dalam neraka, maka kulihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita, yang demikian disebabkan oleh kerana kurang taat kepada Allah dan Rasulullah dan suami mereka dan kerana banyak bertabarruj dedah aurat dan berhias-hias".

Bapa-bapa atau suami-suami kelihatan taat solat, dengar kuliah, bersedekah, buat haji, buat umrah, puasa sunat selain yang wajib, tetapi redha melihat isteri atau anak-anak perempuan dedah aurat, bersalam dengan lelaki ajnabi atau bergaul bebas.

Ketahuilah bapa atau suami begitu belum layak untuk masuk syurga malah untuk mencium syurga Allah pun tidak layak kerana menolak rukun iman. Sama-samalah kita insaf bagi mencapai keredhaan Allah.


ARTIKEL DI ATAS HANYA SEKADAR RENUNGAN UNTUK DIRI SENDIRI DAN SEMUA SAUDARA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT.

moga Allah mengampunkan segala dosa dan kekhilafan saya.namun saya bangga krn suami saya telah menjalankan tanggungjawabnya sbg seorang lelaki dan suami apabila menyuruh dan mewajibkan saya memakai tudung diawal perkahwinan kami..alangkah bodohnya saya dahulu krn terlalu dangkal dan ikutkan hawa nafsu padahal seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah..

november oh november

hari bahagia 22.11.2006

cincin kawen saye

22.11.2007 muhammad raid humam

selamat ulangtahun raid 2thn celebrate awal..sbb nk g bercuti kt genting..nasib baik kami celebrate awal..mcm mok bg tanda2 nk pergi 22.11

potong kek..time ni x pandai request nk kek gambo aper

besday raid 3thn..request nk kek elmo..sambut lewat sbb 22.11.2010 papa ader kt offshore..

besday boy ngan besday girl..

kembali ke rahmatullah 22.11.2009..kami rindu mok sgt2

raye terakhir mok dgn kami

alfatihah..2thn mcm br semalam mok pergi tinggalkan kami